501
Sign In to save it to your Collection
51
Views
2,125

daripada kecik lagi, aku cuma dapat Image by dhi:

2016-02-08T09:39:33.994Z
daripada kecik lagi, aku cuma dapat lihat orang sekeliling pakai jenama ni. aku nak jugak merasa, jadi cool kids macam diorang semua tapi apa yang aku tahu masa tu, family aku tak mampu dan kalau aku nak sekali pun, takkan aku nak bergaya dengan duit mak bapak sedangkan mereka susah atas kesenangan kita? jadi selama beberapa tahun aku bersabar sampailah bila aku kerja di sebuah restoran makanan segera dan dapat gaji yang lumayan, aku dapat beli satu, aku namakan dia Love Buzz sempena lagu yang Nirvana cover dan sempena mengenangkan bekas kekasih aku yang cool dan hipster, Herel. Banyak kenangan yang aku lalui dengan LB. Contohnya masa first date dengan Herel dulu, kenangan sem 1 di poli. LB banyak ada dengan aku selama tempoh susah senang tu. Betapa dia tahu, tiap kali aku sarungkan dia kat kaki, aku kembali rasakan yang aku masih ada di CS dgn Herel. Aku pilih warna merah kerana teringin nak jadi macam Mira, ACT. Blah, poseur.

Sekarang, aku kena move on dari kenangan dengan Herel dan aku berhenti sarungkan Love Buzz tapi LB akan sentiasa aku ingat sebab dialah sneakers pertama.

Goodbye my Lover.